Monday 19 September 2011

F.B.I

Fart.Burb.Insomnia


Face that she likes to make after she woke up


  1. Fart. Sometimes I wonder how can a small baby produce a loud fart. hehehe signal for her to poo-poo.
  2. Burb. She ♥♥♥♥ mommy's milk..
  3. Insomnia. She is a good girl so far. Let mommy get her beauty sleep.

Sunday 18 September 2011

1++ month

Aktiviti yang Nuha suka & boleh buat:
  • Aktiviti favourite Nuha ialah menyusu. Selalu sangat menyusu. Tak menyusu memang susah nak tido!
  • Muncungkan mulut .. iras2 mulut itik hihi
  • Lepas menyusu buat muka macam kura-kura.. comel sangat!
  • Bila Nuha menangis, sakit perut nak yak yak, cuba buka pampers dia. terus senyap! Dia suka rasa angin2 di bontot. Dah tu Umi pun tengoklah Nuha beyak.. Dah berapa kali umi kena tembak accientally.
  • boleh jugak angkat Nuha tinggi bila dia nangis. Senyap sekejap je la.
  • Sebelum umur Nuha masuk sebulan, dia dah boleh tidur meniarap. Siap boleh tukar posisi kepala lagi. Kuat jugak leher dia ni.
  • Nuha suka sangat tengok atas.. Normal ni untuk budak2 bawah 3 bulan. Tapi kena lurutkan jugak kening dia kemudian baca selawat. 
  • Nuha suka senyum.. ada masa2 nya terutama bila dah kenyang dan dia tengah tidur. Siap boleh ketawa berdekeh-dekeh tu.. aiyooo comelnya.
  • Nuha suka tidur mengiring. Daripada posisi terlentang dia boleh tukar ke posisi mengiring dengan sendirinya (sebab dia nak menyusu dengan uminya di sebelah.. ahaha faktor motivasi yang kuat).
  • Sebenarnya Nuha suka dipegang, didukung dibawa berjalan-jalan dan ditepuk2 pampersnya. Disebabkan uminya tak larat nak dukung selalu, atoknya belikan buaian untuk Nuha. Bila masuk je dalam buaian bukan main suka Nuha. Senyummmm je. Tapi timbul pulak masalah lain, tak boleh berhenti buai. Kalau berhenti, dia nangis. waduhhh.. kemudian abinya belikan buaian elektrik. Senyum lagi Nuha.. bertuah betul anak ni. Tapi sejak beberapa hari ni, buaian itu tidak dapat memberikan kepuasan yang sepenuhnya kepada Nuha. Dia tak heran dah dengan buaian. Sekarang nak tido nyusu. Setiap sejam nyusu. Wahhh.. kekerapan makin bertambah. Bukan apa, dia nak bergayut je~
sexy bontot itu.. awwww~

    Friday 9 September 2011

    Jaundis

    Nuha disahkan ada kuning masa hari ke-2 di rumah bila nurse datang lawat. Hari tu jugak umi bawa Nuha pergi terus ke klinik di presint 9 (<5min perjalanan). Lagi dekat dengan rumah berbanding hospital (<10min).

    5 kali ke klinik untuk check kuning. Kesian Nuha di ambil darah. Kali pertama & terakhir je dia menangis masa di cucuk jarum. Nurse cakap tangan Nuha kuat masa dia nak ambil darah, siap tanya Nuha lelaki ke perempuan. hmmm~

    buku klinik nuha dan kad no giliran untuk 5 hari
    Rentetan peristiwa:

    1. Bacaan pertama 133. Ubatnye breastfeed je kata doktor. Di rumah umi duk minum susu kambing Hi Goat. Mandikan Nuha ngan air bunga kekwa. Breastfeed juga la.
    2. Bacaan kedua 253 (selepas 4 hari). Makin tinggi la pulak. Kurang bagi susu ke ni? umi kerapkan lagi susukan Nuha. sejam sekali. 
    3. Bacaan ketiga 207 (selepas 2 hari). Memangla turun sikit, baru 2 hari. Semua barang warna kuning dalam bilik umi dah sembunyikan. Siap dedahkan Nuha pada matahari pagi2 (dalam bilik je). Bagi 2 titis air anggur hitam ke mulut Nuha.
    4. Bacaan keempat 175 (selepas 5 hari). Masih lagi lambat turun. Kali ni mandikan Nuha guna air kucai. Bagi beberapa titis air susu kambing pada Nuha. Breastfeed masih diteruskan. Tidur malam, buka lampu.
    5. Bacaan terakhir 133 (selepas 6 hari). Doktor suruh datang selepas 3 hari, tapi Abi Nuha suruh lanjutkan hari sebab kalau bacaan masih belum di bawah 150 akan terus diambil darah. Jadi pergi lambat sikit supaya ia adalah kunjungan terakhir ke klinik untuk ambil darah. Ini memang kali terakhir. Dah kembali ke bacaan asal la pulak. Tapi masih perlu teruskan menyusu Nuha dengan kerap supaya kuning hilang terus.
    Alhamdulillah, bila masuk minggu ketiga umur Nuha, kuningnya dah hilang. 

    Next time, bila bayi lahir je, cepat2 susu kan dia. Banyak kali. Biar bayi berak banyak buang kuning.
    Ada kawan tu cakap, sekarang ni ramai bayi kena kuning. Disebabkan masa cucikan tali pusat bayi, tak bersih. Dulu-dulu mak bidan buat bersih, dia keluarkan semua yang ada dalam tali pusat tu kemudian baru gunting. Jadilah jarang bayi kena kuning.
    Umi tak pasti kebenaran ini. Cuma bagitahu je. Siapa2 boleh sahkan, sila la kongsi.

    Thursday 8 September 2011

    Minggu pertama

    Baby Nuha di bawa pulang ke rumah keesokan harinya..
    Cabaran hari pertama:
    Waktu malam, Nuha tak boleh tidur. Asyik menangis je. Hampir buntu seisi rumah. Kenapa dengan Nuha ni? Andaian:
    1. Menyusu dah. Sampaikan suami & mak teka susu umi tak banyak lagi. Nuha tak kenyang.
    2. Nuha kepanasan. Bilik umi memang panas. Nak buka aircond tak boleh. Nanti umi masuk angin.
    3. Ada gangguan ke? Dah berkali2 baca surah kursi.
    Nuha akhirnya berjaya tidur dengan lena bila nak dekat subuh. Masa tu nak hujan, angin sejuk je.. Abi & umi memang keletihan. Kesian lagi dengan baby Nuha sebab orang tak tahu kenapa dia menangis.

    Kesimpulannya, Nuha menangis sebab tak selesa. Umi tak mandikan dia lepas balik dari hospital. Sebab nurse kata tak perlu mandikan lagi. Keesokkannya nenek mandikan nuha dan malam tu nuha tido lena.


    Scrapbooking at WiddlyTinks.com

    Saturday 3 September 2011

    A warrior has born..

    Photo Albums at WiddlyTinks.com


    Nama diberi (oleh umi) : Ghazwani Nuha Binti Mohammad Nazri
    Erti nama : Pahlawan Bijaksana
    Berat : 2.87kg
    Tarikh lahir : 27 Julai 2011 @ 7.26 malam
    Tempat lahir : Hospital Putrajaya


    Blog ini dihasilkan untuk berkongsi perkembangan baby comel ini.
    Penulis utama blog : Umi
    Penyunting : Abi
    Welcome to the world my dear daughter.
     

    Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof