Friday 9 September 2011

Jaundis

Nuha disahkan ada kuning masa hari ke-2 di rumah bila nurse datang lawat. Hari tu jugak umi bawa Nuha pergi terus ke klinik di presint 9 (<5min perjalanan). Lagi dekat dengan rumah berbanding hospital (<10min).

5 kali ke klinik untuk check kuning. Kesian Nuha di ambil darah. Kali pertama & terakhir je dia menangis masa di cucuk jarum. Nurse cakap tangan Nuha kuat masa dia nak ambil darah, siap tanya Nuha lelaki ke perempuan. hmmm~

buku klinik nuha dan kad no giliran untuk 5 hari
Rentetan peristiwa:

  1. Bacaan pertama 133. Ubatnye breastfeed je kata doktor. Di rumah umi duk minum susu kambing Hi Goat. Mandikan Nuha ngan air bunga kekwa. Breastfeed juga la.
  2. Bacaan kedua 253 (selepas 4 hari). Makin tinggi la pulak. Kurang bagi susu ke ni? umi kerapkan lagi susukan Nuha. sejam sekali. 
  3. Bacaan ketiga 207 (selepas 2 hari). Memangla turun sikit, baru 2 hari. Semua barang warna kuning dalam bilik umi dah sembunyikan. Siap dedahkan Nuha pada matahari pagi2 (dalam bilik je). Bagi 2 titis air anggur hitam ke mulut Nuha.
  4. Bacaan keempat 175 (selepas 5 hari). Masih lagi lambat turun. Kali ni mandikan Nuha guna air kucai. Bagi beberapa titis air susu kambing pada Nuha. Breastfeed masih diteruskan. Tidur malam, buka lampu.
  5. Bacaan terakhir 133 (selepas 6 hari). Doktor suruh datang selepas 3 hari, tapi Abi Nuha suruh lanjutkan hari sebab kalau bacaan masih belum di bawah 150 akan terus diambil darah. Jadi pergi lambat sikit supaya ia adalah kunjungan terakhir ke klinik untuk ambil darah. Ini memang kali terakhir. Dah kembali ke bacaan asal la pulak. Tapi masih perlu teruskan menyusu Nuha dengan kerap supaya kuning hilang terus.
Alhamdulillah, bila masuk minggu ketiga umur Nuha, kuningnya dah hilang. 

Next time, bila bayi lahir je, cepat2 susu kan dia. Banyak kali. Biar bayi berak banyak buang kuning.
Ada kawan tu cakap, sekarang ni ramai bayi kena kuning. Disebabkan masa cucikan tali pusat bayi, tak bersih. Dulu-dulu mak bidan buat bersih, dia keluarkan semua yang ada dalam tali pusat tu kemudian baru gunting. Jadilah jarang bayi kena kuning.
Umi tak pasti kebenaran ini. Cuma bagitahu je. Siapa2 boleh sahkan, sila la kongsi.

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof