Saturday 22 October 2011

Hearing test

Minggu ni Nuha dah berumur 2 bulan 3 minggu.
Temujanji ujian pendengaran pada 20 Oktober lalu jam 9.15pagi di hospital Putrajaya.
Artikel mengenai Hearing Test.
Sehari sebelum ujian, Umi berkali-kali pesan dengan Nuha supaya tidur waktu ujian dijalankan.
Baby kena tidur waktu ujian. Bila google kenapa, tak jumpa pulak yang menerangkan secara spesifik. Umi buat kesimpulan:
  1. Waktu tidur, baby senyap tak banyak bergerak dan fokus untuk mendengar (bukan fokus tidur ke? hehe)
  2. Atau waktu tidur adalah waktu Ideal untuk baby mendengar. kiranya tak ada gangguan la. (seperti yang disimpulkan oleh Mama Arfan). Macam sama ja dengan yang pertama tadi. ehehe
Umi lupa nak tanya nurse waktu ujian.
Kita sambung kembali. Nuha sebenarnya tak senang nak tido lena kalau tak menyusu dan berbuaian. Umi risau nanti tengah2 ujian, Nuha bangun dan tak dapat jalankan ujian. Terpaksa buat temujanji lain. huyooo.. tak kuasa I.

Mungkin setelah berkali-kali pesan dengan Nuha supaya tidur masa di hospital, makanya pagi2 jam 4,5,6 Nuha asyik terjaga je. Siap senyum2 happy2.. Dia nak kurangkan waktu tidur la tu.

Jam 8.30 pagi Nuha dah siap dimandikan. Sampai hospital jam 9.30 pagi selepas hantar uncle Asad pergi kerja (nak pinjam keretanya).

Dalam kereta sebelum sampai di hospital, Nuha dah ter'poo'.. Umi siap pesan lagi sekali ngan Nuha supaya habiskan poo dan jangan poo dalam hospital. tapi, Nuha poo sikit sangat. risau pulak Nuha sambung poo dalam hospital. Dah la diaper bawa satu je spare.

Kaedah nak ambil ujian, Sampai je di bilik ujian, bagi kad temujanji dan baby siapa tidur dulu maka baby tu yang akan diuji dulu. Ohohoho.. kesian la siapa babynya tak tido2.
Nuha tido lepas Umi susukan kemudian dengan penuh berhati-hati Umi duk dukung dan tepuk Nuha sambil tunggu giliran sebab bilik tengah penuh.

Masa Ujian. Baby akan dipasangkan earphone pada telinga secara selang-seli. Bermakna uji dulu telinga belah kiri kemudian kanan. Pada earphone diletakkan gel, gel tu sejuk. Nuha terjaga kejap. Umi dengan pantas memberi nenen ngan Nuha. Nuha tidur balik. Ahahaha.. Kesimpulannya, ujian berjaya dan Nuha lulus dengan cemerlang.

Nuha sambung tidur dalam kereta

Dalam perjalanan balik ke rumah, Nuha sambung poo dalam kereta. Banyak lagi tu siap bau harum gitu.. Di rumah, Umi buka dan tukar diaper Nuha, Nuha siap mengeluh lega banyak kali! (gila comel masa tu biarpun permandangan tidak berapa indah) Bertuah betul puteri sorang ni! Mesti dia tahan poo masa di hospital tadi.

Nuha anak yang baik dengar cakap Umi. Super sayang Nuha!!

P/s: Masa tengah tidurkan Nuha di hospital, berborak ngan seorang ibu yang wajahnya sama ngan artis Amyza Aznan (selepas google baru ingat namanya). Tapi Umi tak tanya namanya takut salah orang la pula (apa nak ditakutkan pun tak tau la). Tapi bukan dia kot, sebab anak dia tu yang ke-4. Amyza baru ada 2 anak lelaki. Waiseh. Tau pulak umi. Ye la, google kan..

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof