Tuesday 28 February 2012

happy hour wif umi


Hat's collection ver1

Nuha's in action
ummmm... belum pandai buat muncung. keke

hola!

Khas buat nenek enstek

Monday 27 February 2012

6 bulan


Awal 6 bulan
  1. selepas cucuk 6 bulan, Nuha jadi super manja. tak boleh diletak. mesti terus menangis. mungkin sebab sakit dicucuk. bulan ke-6, suntikan hepetitis B Dos 3 untuk mengelakkan radang hati. Kata Nurse tak bagi demam. Alhamdulillah setakat ni Nuha tak pernah demam untuk semua suntikan yang dah diambil. Lepas hari ke-2, Nuha dah ok. Tak super duper manja lagi. dia dah kembali main sendiri dengan berteman.
  2. kawasan 'permainan' Nuha dah semakin luas. merayap dah jauh. Bontot dah boleh angkat tapi belum boleh merangkak. Bila Umi tolong dia dalam posisi merangkak, Nuha akan ambil masa berfikir nak bergerak macammana. Last2, dia jatuhkan badan dan tarik badan ke depan. ehehehe
  3. 6.2.2012 (Isnin) Nuha tetiba mula selesema. Kesian dia, khusyuk main hingus meleleh je. dua belah pula tu. Merengek tak selesa. Alhamdulillah, waktu tidur malam Nuha boleh tidur nyenyak selepas jam 2 pagi. 
  4. Nuha suka lentok2 kepala. siapa la ajar. tunjuk comel le tu~ ;)
  5. Macammana boleh terpengaruh shin chan pun tak tau la. Boleh pulak hobi Nuha 'menyamar mayat'. tergelak je tengok Nuha baring meniarap pastu senyap selama beberapa saat kemudian sambung balik main.
  6. Nuha dah boleh makan~ Umi sediakan bubur + susu ibu.
Akhir 6 bulan
  1. Baru je beberapa hari boleh meniarap terus Nuha dah angkat punggung dan boleh memanjat nak berdiri. Habis Abi, umi dan sofa dipanjatnya. 
  2. Nuha suka main sendiri dan menjelajah rumah. Bila nak sesuatu benda tu dia akan berusaha dapatkan. contohnya Bila diangkat sebab dia nak beg laptop umi, dia akan pandang je beg tu siap jeling2.. ahahaha lucu je tgk muka Nuha. Kalau main je tak pe, ni dia nak jilat, hisap rasa sekali. Nuha lagi tau semua rasa barang di rumah tu agaknya berbanding umi & abi. LOL
  3. Nuha dah mula balik suka tidur meniarap. Dalam buaian pun sama. 
  4. Makan pun dah makin kurang.. sebab dia nak main. Menyusu pun sama. Malam2 je menyusu banyak.
  5. Nuha ni berani. Sesuai le dengan namanya Ghazwani. Baru je pandai memanjat, dengan selamba je dia lepas tangan nak berdiri sendiri. tak serik jatuh tu. Paling lama dia boleh berdiri dalam kiraan 15. Umi pulak yang teruja masa tu. 
  6. Selain berani, bijak jugak. bila dia tahu umi/abi ada dibelakang dia atau ready nak tahan dia daripada jatuh, dia dengan relanya menyandar dan menjatuhkan diri. Iye la, dia tau ada orang sambut. geram jugak dengan kecomelan dia tu.
  7. Dalam umur begini, Nuha dah kenal orang. Nuha tak pilih orang, semua pun dia nak. Bila Nuha tinggal seorang diri di ruang tamu, dia akan cari orang. Kalau tak jumpa, baru nangis. Nampak umi di dapur, dia akan merangkak ke dapur sambil menangis. hehehe
  8. suka menggelengkan kepala. dah ikut mcm arfan. tak mau.. tak mau.. hehe 
Rindunya Nuha masa umi tengah taip ni. Pagi tadi, Nuha tak ikut umi pergi kerja then hantar ke rumah pengasuh macam selalu. Nenek saratok ada jaga Nuha di rumah. Bila umi keluar rumah je, Nuha nangis. Dia takut kena tinggal. Selalu umi bawa dia keluar rumah sekali. cian Nuha..~ Nanges kejap je pas pujuk.

Monday 6 February 2012

i can sit

on my own
Hari ni Nuha belajar makan bubur + susu umi. mula-mula dia excited, selepas sudu ke 5 Nuha dah mula tak nak. hehehe.. dia rasa pelik kot. Umi rasa nak kena hancurkan betul2 bubur tu. Umi tak guna penapis lenyekkan bubur, hancurkan dalam blender je. sebab tu ada ketul2 nasi yang kecik. Nanti cuba lagi~

Lepas makan bubur je, tetiba Nuha nak duduk. Bersinar-sinar mata umi tengok Nuha cuba duduk sendiri. hihi.. gambar di atas, Nuha pakai baju nenek enstek bagi. Umi ada topi sangat matching dengan baju polkadot biru itu..hihi nanti Umi ambilkan gambarnye.

Friday 3 February 2012

5 months

Ada apa pada Nuha yang berumur 5 bulan~~

Bergaya tak Nuha?? princess like

  1. mengetap bibir. pas tu senyum2. aduhhh comel betul.
  2. dah aktif meniarap dan bergerak mengundur.
  3. penghujung 5 bulan, dah boleh bergerak ke hadapan dengan lajunya.
  4. Nenek Enstek kata Nuha suka duduk, Arfan suka berdiri.
  5. Jarinya yang comel tu suka sangat menggentel2. especially time menyusu. dah pandai mencubit la kiranya.
  6. Dah pandai main sendiri. mainan pun bertambah. tapi tak boleh biar dia seorang diri lama2. ada la tu tiba2 menangis nak teman.
  7. disebabkan Nuha berbadan tegap, montel & suka tersenyum, ramai suka pegang dan cubit2. bawa le jalan mana2. Siap pernah makan di Umbai, Melaka. Pekerja wanita tu bukan main lagi main2 ngan Nuha. cubit2 pipi. padahal dia kena serve customer. Dia nak angkat Nuha, Umi tak kasi. ahahaha.. kerja la oi~ Ramai pelanggan tu.
  8. Bawa Nuha pergi kedai TwinsBaby di Melaka jugak. Semua pekerja dalam kedai tu bergilir2 pegang Nuha. Abi rilek je. Umi ragu2, tak pe ke ni aa? mata duk pandang je la. ada la jugak babysitter sementara umi & abi tgk2 kedai. Bawa tingkat atas, ada banyak baby cot dan seangkatan dengannya. Baby cot transform jadi katil todler pun ada. Teruja umi tengok. Umi & abi pun berminat sebab worth of money la. tak la membazir kalau semata2 baby cot je kan. rasanya laaa.. =p apa? nenek enstek nak sponsor? ohohoho
  9. Nuha dah biasa dibawa berjalan jauh. Perangai terbarunya. Bila bawa jalan waktu petang, aktifnya semacam. semua benda nak ditarik. kita yang memegang ni jadi letih. Umi ni yang bawa Nuha guna mei tai, jadi susah sebab nak buka mei tai satu hal. tali panjang benor [if ada baby baru nanti nak beli SSC la senang main buckle je]. Terpikir jugak, macammana la ibu2 yang pakai wrap tu nak buka pasang dengan laju espcially bila anak duk meragam dalam tu. wrap sesuai untuk baby yang diam je kot. ahaha tapi wrap sangat stylo dan versatile. eh. umi dah keluar topik ni. Lain entri cerita pasal babywearing pulak.
  10. Semua benda nak dihisapnye.. siap pandai berlakon. Dia konon2 main jari abinya, pastu bila abi leka tak tahan tangan, laju je tarik tangan abi untuk hisap. 
  11. Umi dah beli termos makanan, bekas kiub untuk aiskan puree. Nuha dah nak 6 bulan, boleh bari makan. Umi berazam untuk buat home cook meal untuk Nuha. :) semoga azam Umi tercapai seperti menyususkan Nuha secara eksklusif selama 6 bulan.
 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof