Monday, 14 May 2012

the unseen

Disebabkan umi tak dapat nak jaga Nuha 24jam, pasti ada beberapa perkara yang umi belum lihat Nuha boleh buat. Contohnya, masa menyusu botol Nuha dah boleh pegang botol sendiri. Di rumah, sudah tentu directfeeding, jadi umi tak tahu Nuha dah boleh pegang botol dengan jayanya. Umur berapa bulan, umi tak tahu. tapi rasanya masa Nuha dah mula merangkak.
pelik muka Nuha sini. macam muka umi masa kecik2 pun ada. 
Tapi dulu umi lagi puteh daripada Nuha (quote kata2 Nenek Enstek)

Nuha anak umi yang super kiut dan bijak bestari.. setiap hari umi rindu~

P/s: really is a bonus when Nuha can drink mommy's milk through bottle and still love directfeeding. :)

Wednesday, 9 May 2012

8 months

Healthy Nuha
posing apa ni.. 

yes, that's Nuha!
  • dah pandai berjalan!!! (belum tumbuh gigi) masa tu di rumah hanya ada umi & Nuha.. mengalir sikit air mata umi *kegembiraan .. sayu sikit sebab umi je nampak masa tu. Tapi sempat rakam untuk cubaan berjalan seterusnya.
  •  Nuha si comel ayu yang bijak... bila dia tengah main2, kemudian rasa nak pergi dapur masa orang lain tak da, dia tolak mainan sampai bergolek masuk dapur.. konon alasan nak ambil  mainan, padahal nak kacau barang2 di dapur.. 
  • berani. seriusly Nuha tak takut nak cuba buat apa2. hentak kepala ke dinding.. jatuhkan badan ke belakang. biar pun tau sakit lepas tu. dia tunjuk muka seronok masa buat, bila dah sakit baru nanges.. Nuha hanya takut kena tinggal je.. kekeke
  • Pandai main acah2 dengan kita. lentok2 kepala lagi.. 
  • Nuha sangat suka hisap barang. semuanya la, tak da terkecuali. (tapi sangat susah nak makan).. ada beberapa kali, umi tolak tangan kanan dia dari dia hisap barang. dia nak masukkan lagi ke dalam mulut, umi tolak lagi. banyak kali dan dengan lajunya.. sampai satu masa, bila umi tolak je tangan dia, cepat2 dia tukar barang tu ke tangan kiri dan berjaya menghisapnya! bertuah betul budak ni..


  • pasal makan, cabaran sikit. Nuha tak suka suap guna sudu. kena guna tangan. Nuha tak suka yang dikisar. nak ada tekstur jugak. kenyal lagi dia suka. konon-konon ada gigi la tu. pastu, masa makan tak boleh duk diam. mencabarnya la nak kejar. umi belum beli kerusi makan untuk Nuha. Tunggu pindah rumah~ *wink
  • makanan kegemaran: kismis, ubi keledek.
  • Lagu kegemaran: baba black sheep, incy wincy spider, Rock-a-Bye baby, papaku pulang.
  • semakin kerap panggil mama bila nanges..
  • Di akhir 8 bulan, Nuha dah rancak berjalan.. 
  • dah kena selsema & batuk kali ke-2. satu kali demam, tapi umi cepat bertindak maka esok dah baik. Bila demam tapi tak selsema, terus je tuam badan baby dengan air paip. bagi panas reda. Kalau selsema, tak boleh la buat macam tu.
  • Nuha suka pegang stereng! jadi racer eh?


 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof