Saturday 23 June 2012

10 months

Setelah mencecah 10 bulan, perkembangan Nuha semakin cepat. Banyak benda baru Umi lihat Nuha pelajari. Nuha cepat belajar dan berani mencuba. Anak yang comel ini membesar dengan sihat dan kuat (ye kuat, sebab semua benda nak angkat tak kira ringan atau berat bagi seorang bayi).



Awal 10 bulan.
  • Nuha dah tak suka pakai topi. uhuuhu.. sebab dah jarang jalan-jalan, jadi pakai topi pun tak suka dah..
  • Rambut dah makin banyak di bahagian belakang. Depan masih botak sikit. kekeke
  • Semakin kerap suka buat angguk-angguk kepala sambil angkat kening dengan orang. comel!
  • Berjalan dan makin stabil. tapi masih terkedek-kedek. macam ketam pun ada jugak.
  •  Bila balik putrajaya setelah sebulan lebih tak balik sana, Nuha jadi takut dengan semua orang. tak tau la kenapa jadi begitu. 
  • Masa cuti sekolah, Umi discover banyak benda yang Nuha takut. iaitu 1. kucing (takut tapi mahu) 2. helmet  3. vakum 

  • Arfan yang masih belum pandai berjalan, dan terinspirasi oleh Nuha untuk belajar berjalan. Nuha selalu jadi mangsa geram Arfan. Nuha pulak surrender je. tapi bila tengok semua gambar mereka berdua, nampak yang Nuha lagi taiko dari Arfan. Hahaha.. Arfan pandai je berlakon jadi budak baik.
  • Arfan & Nuha kawan baik.. Apa yang Arfan tahu, dia ajar Nuha. Begitulah sebaliknya.. Dua-dua tu bila panjat tangga.. lajunya la.. turun belum pandai lagi.

Akhir 10 bulan.
  • Selera makan dah bertambah. Umi gembiraaaa~ Nuha suka makan. kalau macam ni umur setahun dan makin bertambah berat. Habis je cuti sekolah, umi baru perasan Nuha dah makin tinggi.
  • Nuha dah suka pakai topi semula. Dia sendiri yang akan cuba letak topi (bukan topi je, seluar pun boleh) atas kepala dia.
  • Nuha semakin bijak. Perkembangan dia semakin banyak dalam bulan ni.
  • Dah pandai panggi umi dengan panggilan 'miiiiii' bila nak umi. kadang-kadang panggil 'mak'. Abi je kesian.. belum ada panggilan lagi.
  • Nenek Saratok jaga Nuha bulan ni. Sementara nak pindah rumah baru. InsyaAllah.
  • Nuha dah susah nak senyum dengan orang lain. Hilang mesranya.. kena agah atau tegur dengan bersungguh2 baru dia nak senyum atau ketawa.
ini pun boleh buat main. apa2 pun, yang penting mesti ada 2 dan more or less identical.

Nak tuuuu..
  • Nuha anak umi yang comel, bila nak bermain. di tangan mesti ada 2 benda. kalau boleh mesti sama. pandai pulak tu pilih sendiri yang sama jenis dan warna.
  • Semakin manja dengan umi. tapi bila ada abi, umi kalah. hehee sebab abi hanya ada di rumah waktu hujung minggu.
  • Nuha juga manja dengan atok Kabong. kalah nenek Kabong. hehehe..
  • Permainan pelik Nuha, suka tarik puting Abi or sesiapa sahaja (lelaki) tidak pakai baju masa di rumah. hahaha.. sakit tu sebab Nuha cubit siap gentel2. Pakcik2 putrajaya nak try?
  • Ni belum cerita gaya menyusu Nuha. Fuhhh lagi hebat. hehe
  • Menjerit dah agak kerap. Nyaring lagi tu. Dah mula nak bercakap banyak. Oh yaaa! dah tumbuh gigi sebatang. Alhamdulillah, takde deman ke apa. tiba2 je muncul 1 batang gigi tengah berputik di gusi bawah. Patut la asyik kemam mulut je bila nak menyusu dan tak sebut mamam lagi macam cuti sekolah yang lepas.
  • Semakin suka menari. Dengar orang baca Quran pun menari.. hehe *cita-cita umi untuk Nuha adalah nak Nuha jadi Hafizah. InsyaAllah. 


Ringkas:
Permainan kegemaran : patung / kenderaan di pasaraya. yang main masuk duit then bergerak tu.
Makanan kegemaran : Apa yang Umi masak, Nuha suka makan. Buah-buahan pun tak memilih dah.
Minuman kegemaran: Susu umi, air masak.. itu je pun yang dibenarkan. lol
Gaya tidur kegemaran: Siang dalam buaian, malam atas tilam dekat dengan umi.

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof