Friday 22 June 2012

9 months

jom review..


  • Baru pandai tepuk tangan~ uhuhu akan tepuk tangan bila umi nyanyikan pok amai-amai dan bila abi kira 1,2,3 
  • Makan dah banyak sikit. Menyusu pun sama. Boleh 16oz sehari dari jam 7-4 ptg (4 botol 4oz). Menu Nuha pun dah bertambah.
  • Makanan kegemaran: pasta
  • Berat ada peningkatan.. dah cecah 8kg. tak kurus sangat & tak bam bam sangat. Just nice.
  • Tidur: masih sama, kena nyusu dulu atau berbuai.. Malam memang ngempeng la.. lagi bila tidur berdua je dengan Nuha selalu.
  • Suka menari. dengar je lagu, Nuha goyang2 badan dia. lucu je tengok. hatta masa jalan2, tengah dukung kenudian dengar lagu pasaraya, dia goyang2 nak nari.
  • setelah lama melatih Nuha turun daripada sofa sendiri, kini Nuha berjaya turun sendiri. clever girl. Umi tengok dengan mata bersinar2 kagum.
  • suka sangat main tiup2 kemudian tersembur air liur.. wahahaha
  • dah tahu merengek bila tak dapat benda yang dia nak main. sebelum ni, kita rilek je ambil barang2 yang dia tengah main. Sekarang, hemmm.. duk nanges nak jugak. Ni kalau bawa pergi kedai jangan duk berguling di lantai bila tak dapat apa yang di nak udah le..
  • bila dah terbuang air besar, Nuha dah tahu merengek lagi. geli la tu. sebelum ni selamba je CD atau pampers penuh 'poop', boleh je sambung aktiviti bermain. =p
  • semakin mencabar bila nak pakaikan CD, serius.. mesti nak pusing2 dan bangun. kena ajak  bercerita, menyanyi atau bagi pegang mainan yang dia suka.
  • bila umi panggil, Nuha dah dengar kata. Datang dia dekat umi. tak la buat donno je setiap kali panggil kan~ ehehe
  • kena selesema lagi..  Nuha dah pandai menghembus hingusnye..

akhir 9 bulan
  • suka menjelir lidah
  • budak bertuah ni bijak. Bila dia nak buat satu kesalahan contohnya, dia nak ambil kertas dalam laci terbuka meja tapi terlindung sikit daripada pandangan umi. Mula-mula dia pandang je umi, senyum2.. tangan sebelah tepuk2 kerusi, sebenarnya tangan sebelah lagi perlahan-lahan menarik kertas dari laci.. heh.. macam la umi tak faham senyuman licik itu. kekeke
  • Lagu super favourite: Awan Nano.. ye.. siap menari dan teruja. 
  • Check-up 9 bulan. Nuha jadi favourite nurse2.. Semua kagum sebab Nuha dah pandai jalan. Berat Nuha tak naik banyak. tapi masih dalam kawasan garisan putih (dalam graf berat bayi).
  • Nuha sangat suka senyum dengan orang lain. siap lentok2 kepala lagi.. Setiap hujung minggu Abi & Umi bawa Nuha jalan-jalan. Dan akan singgah gerai air cendol paling sedap di segamat. memang sedap ok. Tuan kedai & pekerja2 di situ dah kenal Nuha & mereka la jaga Nuha bila Umi & Abi tengah menikmati cendol yang sedap. hehe


0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof