Friday 28 September 2012

Been a while

Dah beberapa bulan menyepi.. kini ada sedikit kekuatan untuk update blog. ini pun sedang digoda untuk menonton bourne ultimatum d TV3. cerita penuh suspen tu payah nak resist. tapi kalau dilayan jugak, semakin berhabuk la blog Nuha ni.

Nuha sekarang dah setahun 2 bulan. Besar dah anak dara seorang ni. bertambah bijak.
kalau saya nak update di sini perkembangannya, lama nak habis ni. Nanti la saya tambah sikit2 di entri yang lain pulak ye.

Gigi dah 6 batang. (cabaran seorang ibu menyusukan anak yang dah bergigi ni, fuhh banyak kali jugak la luka. macam di awal pantang dulu. uhuhu tapi teruskan jugak.
Oh ye, Umi sekarang dah mengandung 4 bulan. :) Tapi masih menyusukan Nuha. Dah cuba bagi susu formula & fresh milk lagi. tapi Nuha tak mahu. Sampai Nuha fobia nak minum susu dalam botol biarpun itu susu perah. Maka nya sekarang ini Nuha nyusu terus dari Umi. Masa umi pergi sekolah, Nuha tak menyusu la. Tahan pulak tu.. Nasib je dia nak makan dan banyak minum air. Bila umi ambil dia dari sekolah, cepat je tangan tu tepuk2 breast umi. Paham2 je la maknanya. Bukannya dia nak sebut ke apa. Buat signal gitu je. Just like a bos.

Nuha dah faham banyak perkataan yang kita cakap.
  1. 'Nenen'. Bila umi cakap je gitu, dia akan buat bunyi merengek manja. Lagu khas nak nyusu.
  2. Dah pandai salam orang.
  3. Pandai tadah tangan dan aminkan doa. (pergerakan dalam 1 saat. cepat betul. doa tak abes dah amin)
  4. Bila kita suruh cium, dia faham.. :)
  5. Bila nak sesuatu, main tunjuk je.
  6. dah tau banyak perkataan: kasut, air, buaian, tidur, makan, bangun, mandi dll
  7. perkataan favourite : Apa tu? , papa (sesungguhnya sangat comel bila ada masa Nuha main sendiri dan bercakap sendiri dengan lancarnya menggunakan bahasanya)
Nuha sangat suka main air. dah lama tak mandi dalam tub baby tu. sekarang nak kena mandi dalam tu dan sediakan mainan sekali. Ini semua disebabkan satu insiden. lucu betul bila ingat balik.

Sangat suka pakai kasut atau selipar. main gincu umi. bawa beg tangan ala2 datin. Hmm sooo girly this baby.
Cuma sekarang Nuha dah tak suka nak pakai topi atau headband. tangan tu laju je nak buka. Dulu dia kecik2 rilek je le. Tak pe, nanti Nuha besar sikit, mesti dia nak bila umi cakap "Nuha nampak comel & semua orang sayang". kan?! hihi

Ok ni je dulu. ok la ni kan. Banyak sebenarnya nak kongsi. InsyaAllah till next time.

Budak umur setahun pada 27.7.2012

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof