Saturday 13 April 2013

Apabila Nuha berbicara

Nuha [ Sesudah setahun lapan bulan ]

Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja yang terbaru daripada Nuha. Perkembangannya sekarang sangat cepat. Bila sudah faham banyak arahan, Nuha semakin pandai berbicara malah berpolitik. hehehe

Bila kita buat muka marah, dia tunduk. kemudian, pandang muka kita tunggu siapa senyum dulu. kalau kita lambat senyum dia terus senyum buat muka comel.. hehehe yes, of course Nuha yang menang akhirnya.

Dulu sepatah je perkataannya. belum ada ayat. Sekarang daripada patah-patah perkataan tu dah boleh sambung jadi satu ayat mudah yang jelas maksudnya.. cuma sebutan je belum sempurna. bunyi2 bahasa baby comel gitu~ semua ambil sebutan yang hujung. perkataan yang geram betul umi nak baiki ialah 'buka'.. Nuha sebut 'tutak'.. bila suruh dia sebut ikut suku kata, betul. skali suruh gabung terus, bunyi tak jadi laaa..
contoh:
           umi- "cuba sebut 'bu'
           Nuha - "bu"
            umi- "ka"
           Nuha- "ka"
           umi- "buuuu.....ka"
           Nuha - "tuuu....tak"
punya gerammmmm! hahahaha ulang la banyak kali, sama je result.

Pandai dah pakai kasut sendiri. Nuha sangat banyak koleksi kasut. Lagi dia suka pakai kasut. Bila dah pakai kasut, dia akan kata "yom, ayan.. mi..abi..yom! pattttt" [translation: Jom, jalan. Umi, abi jom! cepat]
dah tahu nak berjalan-jalan. siap bagi arahan lagi.

satu habit Nuha yang umi tak tahan nak gelak. Suka tengok cermin kemudian cakap antekkk... lawa... hampir setiap kali selepas mandi dan pakai baju. Suka bergaya budak bertuah ni. Umi pun jarang nak tengok cermin. ;) Maknanya Nuha dah pandai guna perkataan cantik dan lawa untuk benda yang dia suka. Nampak baju cantik, siap puji2.. hehehe

Sekarang baby dah tak macam kita dulu-dulu. Baby sekarang dah terdedah dengan pelbagai kemajuan dan teknologi. Mungkin disebabkan itu baby sekarang bijak bestari. hehe Nuha sangat suka main ipad. Dulu dia tak pandai nak main lagi. sekarang dah pandai main sendiri. tidur pun nak bawa ipad. disebabkan dah biasa touch screen, laptop umi pun dia nak touch bila nak tekan (termasuk hp umi. hp umi biasa je bukan main touch punye. uhuhu)..

ok, umi dah kena berhenti dulu. budak kecik ni dah bangun. Nak kaco umi la ni.. till next entry~z

Saturday 9 February 2013

Selera makan

Nuha boleh dikategorikan sebagai seorang kanak-kanak yang memilih makan (picky eater). Nuha mula makan makanan pejal masa umur 6 bulan. Bermula dengan bubur nasi, ubi keledek, labu, sayur- sayuran etc hinggal Nuha berumur setahun.

Bermula umur setahun tu, Nuha memang dah memilih makan. Makanan kegemaran masa tu nasi + labu. Tapi entah macammana dia mula tak suka makan nasi. pening kepala umi memikirkannya. Rupanya waktu tu dia suka makan pasta, spagetti, mee.. so, boleh la tu daripada tak ada.

Tapi yang umi peliknya, bila pengasuhnya bagi makan nasi + lauk (ikan, ayam) yang umi bekalkan, boleh pulak budak bertuah sorang tu makan. Bila dah umur 17 bulan hantar pi taska, lagi lagi lah dia nak makan nasi. Siap minta nasi dengan guru taska tu. Pengasuh taska tu gelar Nuha kanak-kanak pemakan. Memang kuat makan, siap minta makanan orang lain. hahaha tak percaya betul umi.

Umi buat kesimpulan, Nuha nak makan nasi banyak bila orang lain yang bagi makan.


Tapi umi tetap tak berputus asa. Macam-macam strategi buat supaya Nuha nak makan nasi bila umi bagi. Alhamdulillah, sekarang Nuha dah boleh makan nasi bila umi bagi. Cara umi.. Abi belikan pinggan khas untuk Nuha, Umi biar Nuha makan sendiri. Sudah tentulah bersepah makanan, tapi ianya berbaloi. Faedahnya, Nuha nak makan nasi dan lagi Nuha pandai guna sudu dan garfu. hahaha terer tu.

Tapi nak makan nasi ja la. lauk seperti ayam, ikan, sayur.. Dia boleh tak nak. Bila umi selit sikit dalam nasi dia masa suap (kejap umi suap nuha, nuha pun suap sendiri jugak), dia boleh saring lauk tu. sensitif betul lidah. Tapi ada jugak yang berjaya menerobos masuk ke dalam mulut. Masa dia tengah leka2, sumbat masuk mulut je.

Yang peliknya, sate ayam suka la pulak. laju je makan. Tapi makanan yang berjaya menduduki tangga teratas ialah JAGUNG! bagila nasi ke lauk ke, bila ada jagung depan mata, jagung itu lah yang dulu dimakan. hehehe laju pulak makan tu. gigit sikit je, pastu telan. Bila esoknya keluar la butir2 jagung itu kembali. hahaha. lucu betul.
Cubaan memberi makan sebelum Abi keluarkan meja & kerusi khas sebagai tempat Nuha makan.

Sekarang ni Nuha memang banyak makan. Buah pun suka makan. Menyusu pun dah mula kerap, sampai umi jadi letih sebab bila masa tidur tu, umi dah tak larat nak mengiringkan badan sepanjang malam. Budak bertuah tu bila nyusu bukan pandai nak lepas. ngempeng je kejanya. Tambah lagi giginya yang banyak tu. huh.. penat umi. Jadi, umi kurangkan nyusu waktu malam. Nuha pun dah besar kan~

Nuha tak minum susu tepung. Minum susu perah dalam botol pun tak nak. Umi bagi minum susu segar Dutch Lady & Susu kultur masa Nuha di taska. Lagipun Nuha adalah juara minum air masak. alhamdulillah, dimana ada kesukaran disitu juga ada kemudahan yang Allah beri. Nuha mesti jadi anak yang sihat ye~

Friday 11 January 2013

18 months


dah skip banyak bulan ni... hehehe
alhamdulillah... Nuha budak bijak dah semakin besar dan sihat.
Berat 8kg. tinggi... umi dah lupa. sikit je berat budak kecik ni naik. makan bukan banyak~ aktif agaknya dan lagi jarang nak makan nasi. betul2 bukan lidah melayu. ekeke bila ditanya makan apa, dia jawab achik..(nasi la kunun)

fave food:
Jagung, kentang, ubi keledek, kuih bingka kayu, mee goreng, spagetti, sate ayam, buah-buahan, lobak merah, biskut-biskutan, roti-rotian, kacang-kacangan, calcium! (yogart). coklat, aiskrim, amplang (so sabahan)!

drinks:
mommy's milk, semua jenama susu kultur, air berperisa (minum la sikit) dan paling penting peminum air kosong yang tegar. bagus! macam uminya. susu segar perisa coklat.

don't:
kacang peas. dah cuba bagi Nuha 2 kali. Sekali masa kecik2 dulu masa nak perkenalkan solid food dan 2 minggu lepas. lepas makan, Nuha akan batuk. so, no peas for her anymore.

physical:
  1. rambut masih belum panjang. halus je.. memang gene umi sangat kuat dalam badan Nuha. hehe
  2. gigi dah 10 batang. dan 2 lagi is on the way. gigi kacip 8, gigi geraham depan 2. taring belum keluar. muahaha
  3. dah boleh panjat kerusi makan dengan lajunya.
  4. bila gigi dia dah makin banyak ni, pandai pulak dia gosok gigi sendiri. dulu susah betul nak gosok gigi. dikatupnya mulut kuat2 tak bagi gosok gigi. bila suruh gosok sendiri, digigitnya berus tu.

language:
  • dah makin banyak perkataan disebutnya. 
  • boleh sebut barang apa yang dia nak~ 
  • faham banyak arahan mudah. 
cute ability:
  • buat magic!
  • pakai dan buka seluar sendiri.
  • solat sikit2
  • menari!.. budak kecik ni pantang dengar muzik mesti goyang2 badan hatta tengah menyusu badan.
  • pakai kasut sendiri (kadang2)
  • sapu losyen di kaki, tangan dan pipi sendiri. oh mann, so feminine! suka pakai losyen!! umi pun jarang ber'losyen'.
  • jawab telefon sambil berborak jalan kehulu-kehilir.. hahaha mcm org tua.
pelik dan kiut:
  • bila tidur dalam buaian, tangannya mesti nak kena pegang benda. paling suka pegang syiling di kedua2 belah tangan. bantal peluk di kaki.
  • suka cekak pinggang. apaka? macam macik2 ja.
  • intai orang dalam tandas. ihhh- tiada orang ajar pun boleh tau. bukan boleh nampak pun kalau intai dari bawah pintu tu.
that's all.. banyak sangat yang nuha ni boleh buat. nanti update lagi. :-)
 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof