Saturday 13 April 2013

Apabila Nuha berbicara

Nuha [ Sesudah setahun lapan bulan ]

Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja yang terbaru daripada Nuha. Perkembangannya sekarang sangat cepat. Bila sudah faham banyak arahan, Nuha semakin pandai berbicara malah berpolitik. hehehe

Bila kita buat muka marah, dia tunduk. kemudian, pandang muka kita tunggu siapa senyum dulu. kalau kita lambat senyum dia terus senyum buat muka comel.. hehehe yes, of course Nuha yang menang akhirnya.

Dulu sepatah je perkataannya. belum ada ayat. Sekarang daripada patah-patah perkataan tu dah boleh sambung jadi satu ayat mudah yang jelas maksudnya.. cuma sebutan je belum sempurna. bunyi2 bahasa baby comel gitu~ semua ambil sebutan yang hujung. perkataan yang geram betul umi nak baiki ialah 'buka'.. Nuha sebut 'tutak'.. bila suruh dia sebut ikut suku kata, betul. skali suruh gabung terus, bunyi tak jadi laaa..
contoh:
           umi- "cuba sebut 'bu'
           Nuha - "bu"
            umi- "ka"
           Nuha- "ka"
           umi- "buuuu.....ka"
           Nuha - "tuuu....tak"
punya gerammmmm! hahahaha ulang la banyak kali, sama je result.

Pandai dah pakai kasut sendiri. Nuha sangat banyak koleksi kasut. Lagi dia suka pakai kasut. Bila dah pakai kasut, dia akan kata "yom, ayan.. mi..abi..yom! pattttt" [translation: Jom, jalan. Umi, abi jom! cepat]
dah tahu nak berjalan-jalan. siap bagi arahan lagi.

satu habit Nuha yang umi tak tahan nak gelak. Suka tengok cermin kemudian cakap antekkk... lawa... hampir setiap kali selepas mandi dan pakai baju. Suka bergaya budak bertuah ni. Umi pun jarang nak tengok cermin. ;) Maknanya Nuha dah pandai guna perkataan cantik dan lawa untuk benda yang dia suka. Nampak baju cantik, siap puji2.. hehehe

Sekarang baby dah tak macam kita dulu-dulu. Baby sekarang dah terdedah dengan pelbagai kemajuan dan teknologi. Mungkin disebabkan itu baby sekarang bijak bestari. hehe Nuha sangat suka main ipad. Dulu dia tak pandai nak main lagi. sekarang dah pandai main sendiri. tidur pun nak bawa ipad. disebabkan dah biasa touch screen, laptop umi pun dia nak touch bila nak tekan (termasuk hp umi. hp umi biasa je bukan main touch punye. uhuhu)..

ok, umi dah kena berhenti dulu. budak kecik ni dah bangun. Nak kaco umi la ni.. till next entry~z

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof