Sunday 18 September 2011

1++ month

Aktiviti yang Nuha suka & boleh buat:
  • Aktiviti favourite Nuha ialah menyusu. Selalu sangat menyusu. Tak menyusu memang susah nak tido!
  • Muncungkan mulut .. iras2 mulut itik hihi
  • Lepas menyusu buat muka macam kura-kura.. comel sangat!
  • Bila Nuha menangis, sakit perut nak yak yak, cuba buka pampers dia. terus senyap! Dia suka rasa angin2 di bontot. Dah tu Umi pun tengoklah Nuha beyak.. Dah berapa kali umi kena tembak accientally.
  • boleh jugak angkat Nuha tinggi bila dia nangis. Senyap sekejap je la.
  • Sebelum umur Nuha masuk sebulan, dia dah boleh tidur meniarap. Siap boleh tukar posisi kepala lagi. Kuat jugak leher dia ni.
  • Nuha suka sangat tengok atas.. Normal ni untuk budak2 bawah 3 bulan. Tapi kena lurutkan jugak kening dia kemudian baca selawat. 
  • Nuha suka senyum.. ada masa2 nya terutama bila dah kenyang dan dia tengah tidur. Siap boleh ketawa berdekeh-dekeh tu.. aiyooo comelnya.
  • Nuha suka tidur mengiring. Daripada posisi terlentang dia boleh tukar ke posisi mengiring dengan sendirinya (sebab dia nak menyusu dengan uminya di sebelah.. ahaha faktor motivasi yang kuat).
  • Sebenarnya Nuha suka dipegang, didukung dibawa berjalan-jalan dan ditepuk2 pampersnya. Disebabkan uminya tak larat nak dukung selalu, atoknya belikan buaian untuk Nuha. Bila masuk je dalam buaian bukan main suka Nuha. Senyummmm je. Tapi timbul pulak masalah lain, tak boleh berhenti buai. Kalau berhenti, dia nangis. waduhhh.. kemudian abinya belikan buaian elektrik. Senyum lagi Nuha.. bertuah betul anak ni. Tapi sejak beberapa hari ni, buaian itu tidak dapat memberikan kepuasan yang sepenuhnya kepada Nuha. Dia tak heran dah dengan buaian. Sekarang nak tido nyusu. Setiap sejam nyusu. Wahhh.. kekerapan makin bertambah. Bukan apa, dia nak bergayut je~
sexy bontot itu.. awwww~

    0 Baby lovers:

    Post a Comment

     

    Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof