Saturday 31 December 2011

4 months ++

My name is Nuha
What can I do?

  1. Of course dah boleh meniarap. tapi lebih suka baring main-main dengan abi.
  2. suke pegang kaki tapi belum nak hisap.
  3. air liur pun selalu keluar tapi belum boleh bagi kalah Arfan. =p
  4. sangat suka senyum hingga menampakkan dimple kecik belah bawah kanan. ambil dari gene sapa tak tau.
  5. bila dipegang berdiri, kaki tak mencecah sepenuhnya. berdiri ala penari balet.
  6. dah makin terer pegang barang dengan kordinasi penglihatan yang betul.
  7. semua benda nak dihisap.
  8. disebabkan dah pandai main, menyusu pun ada kurang sikit. maknanya dah boleh tahan lapar.
  9. Umi dah tahu macammana nak bagi Nuha ketawa terkekeh-kekeh!! 
  10. Tak boleh nak baring sorang2, mesti ada teman. kalo tak, uwaaaaaaaa~
  11. bila baring boleh bergerak secara pusingan 360 darjah.
  12. suka 'mengejang-ngejangkan' kakinya. bila nak sesuatu, seluruh badan bergegar sebab geram nak ambil.
  13. Masih suka tidur bila bawa jalan ke shopping complex.
  14. penghujung 4 bulan, bila nak tido mesti nanges.. mata tutup tapi mulut bunyi2.
  15. Sangat pandai bergaya


Thursday 24 November 2011

Mudah






Photo Albums at WiddlyTinks.com


Nuha dah 4 bulan. Monthly check-up di Klinik Kesihatan Presint 11.

Sangat dekat dengan rumah (3minit dah sampai)!! senang betul. tak ramai orang pulak tu. sampai je terus dah tiba giliran. Bulan ni Nuha tak disuntik. bulan 5 nanti baru ada. Hari ni timbang berat & ukur panjang je. Berat 5.8kg. Tinggi 57cm (kurang 2cm dari bulan lepas. Umi dah agak dah sebab bulan lepas buat di Segamat, jururawat pelatih tu ukur tak tepat pun. Umi observed je dan tak tegur sebab Nuha duk semangat, nurse pun susah nak ukur).

hmmm.. rasa macam nak buat monthly check-up di putrajaya je. Walau hakikatnya, di segamat tu klinik tak jauh mana pun. tak sampai 10minit, tapi tu la tengok keadaan ada masa ramai orang ada masa tak~

p/s: Nuha sangat comel pakai baju skirt sampai paras kaki.. Cik pippa konfem cair tengok! hihi

3 ++ months

Dah berumur 3 bulan ni banyak je hobi baru Nuha..

  1. Sifat peramah Nuha makin bertambah.. Disebabkan Nuha dah pandai nak bermain, dalam sehari dia mesti nak main. Kalau tak, dia akan meragam.
  2. 3 minggu nenek sarawak jaga Nuha. Suka la Nuha sebab nenek memang suka nak layan Nuha bercakap.
  3. Nuha dah ter'accident' 2 kali meniarap. Lepas tu tak de dah. kali ke-2 ketika berusaha nak meniarap, banyak tenaga digunakan sampai terkeluar lah taik hidungnya. ahahahha.. lucu btl masa tu.
  4. Nuha dah boleh berdiri tegak. jarang nak tonggek2 lagi. ekeke 
  5. Bila ketawa je mesti tengok tepi.. senyum malu2 gitu. sejibik macam himawari. comeyyy~
  6. Nuha semakin suka tengok tv. Khusyuk tu, kadang2 siap komen lagi. berita, drama, kartun, dokumentari.. semua rancangan dia tengok. Macam paham sangat je..
  7. Lagu Nuha suka
    dan ini
     
  8. Sehari Nuha akan beyak sekali di awal pagi.
  9. Pandangan Nuha pun dah jauh.. Suka tengok orang lalu-lalang.
  10. Nuha dah kurang tidur dalam buaian. Kadang2 tu dia memang tak nak buaian. Maknanya bertambah senang nak jaga Nuha.
  11. Disebabkan Umi dah mula bekerja, Nuha kena minum ebm (express breastmilk) dari botol. Nuha minum banyak.. penuh satu botol sekali sesi. jadi dalam sehari Nuha akan minum  sekurang-kurangnya 3 botol sekiranya umi balik awal. Kalau umi ada mesyuarat di sekolah, Nuha akan minum 4 botol.
  12. Nuha sangat suka mandi~ Siap hentak2 kaki masa mandi.
  13. Nuha dah makin bam bam.. umi suka geget dia~
ok.. bagi yang belum tonton.. lihat le kecomelan si kecik ni.

Saturday 22 October 2011

Nuha dan Cloth Diaper

Cloth Diaper (CD)= Lampin kain moden.

Umi tahu pasal CD tahun lepas. Waktu tu masih mengajar di Putrajaya. Cikgu-cikgu duk sibuk shopping dan cerita pasal cloth diaper. Umi waktu tu belum kahwin lagi. Tengok kejap je la.

Tahun ni Umi dah ada baby, Umi nak guna CD ni. Ala macam lampin dulu-dulu, tapi sekarang dah dimodenkan. CD ni macam kain la cuma diperbuat daripada fleece, microfiber, buluh dan lain2. Moden kan... Prinsip CD sama je dengan kain lampin berbalut plastik macam Umi dipakaikan masa kecil-kecil dulu. Jimat & bebas bahan kimia. Bezanya CD ni mahal sikit, mahal banyak pun ada ikut jenama. Kita kan beli teknologinya maka kena la terima kemahalannya. (Nak murah, boleh je guna lampin gaya dulu2 tu. Masih ada dijual ;) ) Mahal sekali je, lepas tu boleh guna berkali2 dan boleh diwarisi jika dijaga dengan sebaiknya. Disposable Diapers(DD) lagi mahal sebenarnya sebab beli banyak kali untuk 3-4 tahun max. Buat la kira-kira sendiri ye. Google pun boleh.
Nuha bergaya dengan CD AI2

Nuha baru berjinak-jinak dengan CD selama sebulan. Alhamdulillah setakat ni ok. Kadang-kadang bocor sebab Umi pakaikan longgar tambah dengan Nuha yang aktif mengayuh dan Nuha heavy wetter malam2. Kena guna insert hemp atau bamboo charcoal la lepas ni. Umi tengah guna bahasa CD ni. Tak faham pun tak apa.

Baru je kejap, Nuha dah ada 20 CD. ahahaha. hambek ko. Umi beli banyak terus! Abi tak boleh kata apa la, sebab guna duit Umi beli. Hai abiiii~ senyuuuum ^____^ If suruh Abi beli, nanti kena potong elaun Umi pulak. Uhuhuhu.. Abiiii~ Senyum lagieee :)

Antara koleksi. Dalam plastik baru sampai, belum pre-wash 3 kali lagi.
Comel tak Nuha dengan CD corak moo-moo?


Hearing test

Minggu ni Nuha dah berumur 2 bulan 3 minggu.
Temujanji ujian pendengaran pada 20 Oktober lalu jam 9.15pagi di hospital Putrajaya.
Artikel mengenai Hearing Test.
Sehari sebelum ujian, Umi berkali-kali pesan dengan Nuha supaya tidur waktu ujian dijalankan.
Baby kena tidur waktu ujian. Bila google kenapa, tak jumpa pulak yang menerangkan secara spesifik. Umi buat kesimpulan:
  1. Waktu tidur, baby senyap tak banyak bergerak dan fokus untuk mendengar (bukan fokus tidur ke? hehe)
  2. Atau waktu tidur adalah waktu Ideal untuk baby mendengar. kiranya tak ada gangguan la. (seperti yang disimpulkan oleh Mama Arfan). Macam sama ja dengan yang pertama tadi. ehehe
Umi lupa nak tanya nurse waktu ujian.
Kita sambung kembali. Nuha sebenarnya tak senang nak tido lena kalau tak menyusu dan berbuaian. Umi risau nanti tengah2 ujian, Nuha bangun dan tak dapat jalankan ujian. Terpaksa buat temujanji lain. huyooo.. tak kuasa I.

Mungkin setelah berkali-kali pesan dengan Nuha supaya tidur masa di hospital, makanya pagi2 jam 4,5,6 Nuha asyik terjaga je. Siap senyum2 happy2.. Dia nak kurangkan waktu tidur la tu.

Jam 8.30 pagi Nuha dah siap dimandikan. Sampai hospital jam 9.30 pagi selepas hantar uncle Asad pergi kerja (nak pinjam keretanya).

Dalam kereta sebelum sampai di hospital, Nuha dah ter'poo'.. Umi siap pesan lagi sekali ngan Nuha supaya habiskan poo dan jangan poo dalam hospital. tapi, Nuha poo sikit sangat. risau pulak Nuha sambung poo dalam hospital. Dah la diaper bawa satu je spare.

Kaedah nak ambil ujian, Sampai je di bilik ujian, bagi kad temujanji dan baby siapa tidur dulu maka baby tu yang akan diuji dulu. Ohohoho.. kesian la siapa babynya tak tido2.
Nuha tido lepas Umi susukan kemudian dengan penuh berhati-hati Umi duk dukung dan tepuk Nuha sambil tunggu giliran sebab bilik tengah penuh.

Masa Ujian. Baby akan dipasangkan earphone pada telinga secara selang-seli. Bermakna uji dulu telinga belah kiri kemudian kanan. Pada earphone diletakkan gel, gel tu sejuk. Nuha terjaga kejap. Umi dengan pantas memberi nenen ngan Nuha. Nuha tidur balik. Ahahaha.. Kesimpulannya, ujian berjaya dan Nuha lulus dengan cemerlang.

Nuha sambung tidur dalam kereta

Dalam perjalanan balik ke rumah, Nuha sambung poo dalam kereta. Banyak lagi tu siap bau harum gitu.. Di rumah, Umi buka dan tukar diaper Nuha, Nuha siap mengeluh lega banyak kali! (gila comel masa tu biarpun permandangan tidak berapa indah) Bertuah betul puteri sorang ni! Mesti dia tahan poo masa di hospital tadi.

Nuha anak yang baik dengar cakap Umi. Super sayang Nuha!!

P/s: Masa tengah tidurkan Nuha di hospital, berborak ngan seorang ibu yang wajahnya sama ngan artis Amyza Aznan (selepas google baru ingat namanya). Tapi Umi tak tanya namanya takut salah orang la pula (apa nak ditakutkan pun tak tau la). Tapi bukan dia kot, sebab anak dia tu yang ke-4. Amyza baru ada 2 anak lelaki. Waiseh. Tau pulak umi. Ye la, google kan..

Monday 17 October 2011

Macam-macam

Edisi pakcik Afiq.. (adik kepada Umi Nuha)

Situasi 1

Pakcik Afiq: Kak, kalau aku sentuh Nuha batal ka air sembahyang aku? (Sedang tunggu solat tarawih)
Umi Nuha: Boleh ja pun, sampai dia besar pun ko boleh pegang dia.

*Hehehe.. Nuha ada ramai pakcik. 5 orang belah umi dan 2 orang belah abi.

Situasi 2

Umi Nuha: Aik? macammana ko bagi pakai pampers Nuha ni? terbalik! pelekat di belakang.

Pakcik Afiq: Ntah. Aku kasi pakai ja.

Umi Nuha: Bukan ko pandai ka bagi pakai pampers?

Pakcik Afiq: Aku lupa. (Baru 2 minggu ja pun nda jumpa Nuha)

*Baru ja baca blog mommy yang lain pasal suami dia pakaikan Cloth Diaper pada anak dia terbalik. Velcro dibelakang. hehehe.. Pakcik Afiq pun sekapal jugak rupanya. Macammana mereka boleh terfikir untuk pakaikan macam tu?

CousinShip






Scrapbook at WiddlyTinks.com

2 bulan 2 minggu

Nuha dah 2 bulan.. apa yang baru?

  1. Nuha dah tak bangun malam nangis2 tak tentu pasal. Kecuali nak nyusu. Iye la, susu ibu cepat hadam, jadi cepat lapar.
  2. Nuha suka sangat bercerita. kena layan dia cakap. Kalau tak, dia nanges nak perhatian. ehehe sudah tentu bercakap dalam bahasa dia. Bila dia nangis sebab umi tak layan, dia akan mengadu pada abi. hihi comel je..
  3. Nuha dah pandai duk diam sorang-sorang. Main sendiri-sendiri. termenung dengan diamnya tanpa nangis. woahhh.. ini paling best! Tapi tak lama, bergantung pada mood dia. Pagi-pagi lepas mandi dan nyusu (mood pagi paling bagus! sebab cukup tidur), letak dalam buaian, dia akan main sorang-sorang kemudian tertidur dengan sendirinya. Sonang umi nak mandi dan buat kerja. Kalau letak atas tilam, umi tak yakin Nuha akan tertidur. Nangis lagi ada. ahahaha..
  4. kekerapan poo-poo dah ada jadual. Jam 9pagi, 9malam, 3pagi (dalam lingkungan waktu itu la..) ada masa petang pun poo jugak.. Sudah tentu runny yellow mustard poo.. hihihi
  5. Nuha dah pandai berdiri dengan dipegang. Tapi ada masa dia malas jugak bila disuruh berdiri.
  6. Nuha suka menjerit dengan nyaringnya.. bila menangis sebab lambat angkat, dia akan menangis semahu-mahunya.. geram betul dengar!! nak geget geget ja rasa. Tapi baru-baru ni dah jarang sikit.
  7. Dah pandai suka hisap jari.. habis basah mitten. Kadang-kadang je umi buka mitten tu bila umi yakin kuku Nuha pendek. Umi masih belum champion ketip kuku Nuha. Ari tu berdarah 2 jari. uhuhu.. tak berani sungguh. Suruh abi je ketip kuku.. (macammana nak ketip kuku masa tidur, kalau dah Nuha tidur dalam buaian? Tidur atas katil memang tak lena. She got a very sensitive hearing! Tengah malam memang tidur atas tilam, tapi waktu tu umi pun tidur jugak daaaa~
  8. Nuha dah bertukar kulit. ekeke.. masa awal-awal 2 bulan tu, gelap je kulit nya.. sekarang dah putihhhh macam umi~ weeeee~~
  9. Disebabkan Nuha minum susu ibu sepenuhnya, badan solid tegap for her size. Leher pun kuat. Kita berusaha suruh dia tidur meniarap, tapi dia angkat leher la pulak. hmmm dah lama Nuha tak tidur meniarap.
  10. Rambut pun makin banyak.. tapi itu semua tak berguna. Kerana umi akan suruh rambutnya dicukur habis masa cukur jambul & akikah nanti.. ekeke..
  11. Nuha sangat suka mengeluh. dah la bunyinya comel je. geram!! Part favourite makcik pippa ler tu..
  12. Favourite umi: Nuha akan ikut tersenyum bila kita senyum padanya. Kadang-kadang tu masa tidur pun boleh balas senyum. Macam tau-tau je..
Nuha yang bam bam

Monday 19 September 2011

F.B.I

Fart.Burb.Insomnia


Face that she likes to make after she woke up


  1. Fart. Sometimes I wonder how can a small baby produce a loud fart. hehehe signal for her to poo-poo.
  2. Burb. She ♥♥♥♥ mommy's milk..
  3. Insomnia. She is a good girl so far. Let mommy get her beauty sleep.

Sunday 18 September 2011

1++ month

Aktiviti yang Nuha suka & boleh buat:
  • Aktiviti favourite Nuha ialah menyusu. Selalu sangat menyusu. Tak menyusu memang susah nak tido!
  • Muncungkan mulut .. iras2 mulut itik hihi
  • Lepas menyusu buat muka macam kura-kura.. comel sangat!
  • Bila Nuha menangis, sakit perut nak yak yak, cuba buka pampers dia. terus senyap! Dia suka rasa angin2 di bontot. Dah tu Umi pun tengoklah Nuha beyak.. Dah berapa kali umi kena tembak accientally.
  • boleh jugak angkat Nuha tinggi bila dia nangis. Senyap sekejap je la.
  • Sebelum umur Nuha masuk sebulan, dia dah boleh tidur meniarap. Siap boleh tukar posisi kepala lagi. Kuat jugak leher dia ni.
  • Nuha suka sangat tengok atas.. Normal ni untuk budak2 bawah 3 bulan. Tapi kena lurutkan jugak kening dia kemudian baca selawat. 
  • Nuha suka senyum.. ada masa2 nya terutama bila dah kenyang dan dia tengah tidur. Siap boleh ketawa berdekeh-dekeh tu.. aiyooo comelnya.
  • Nuha suka tidur mengiring. Daripada posisi terlentang dia boleh tukar ke posisi mengiring dengan sendirinya (sebab dia nak menyusu dengan uminya di sebelah.. ahaha faktor motivasi yang kuat).
  • Sebenarnya Nuha suka dipegang, didukung dibawa berjalan-jalan dan ditepuk2 pampersnya. Disebabkan uminya tak larat nak dukung selalu, atoknya belikan buaian untuk Nuha. Bila masuk je dalam buaian bukan main suka Nuha. Senyummmm je. Tapi timbul pulak masalah lain, tak boleh berhenti buai. Kalau berhenti, dia nangis. waduhhh.. kemudian abinya belikan buaian elektrik. Senyum lagi Nuha.. bertuah betul anak ni. Tapi sejak beberapa hari ni, buaian itu tidak dapat memberikan kepuasan yang sepenuhnya kepada Nuha. Dia tak heran dah dengan buaian. Sekarang nak tido nyusu. Setiap sejam nyusu. Wahhh.. kekerapan makin bertambah. Bukan apa, dia nak bergayut je~
sexy bontot itu.. awwww~

    Friday 9 September 2011

    Jaundis

    Nuha disahkan ada kuning masa hari ke-2 di rumah bila nurse datang lawat. Hari tu jugak umi bawa Nuha pergi terus ke klinik di presint 9 (<5min perjalanan). Lagi dekat dengan rumah berbanding hospital (<10min).

    5 kali ke klinik untuk check kuning. Kesian Nuha di ambil darah. Kali pertama & terakhir je dia menangis masa di cucuk jarum. Nurse cakap tangan Nuha kuat masa dia nak ambil darah, siap tanya Nuha lelaki ke perempuan. hmmm~

    buku klinik nuha dan kad no giliran untuk 5 hari
    Rentetan peristiwa:

    1. Bacaan pertama 133. Ubatnye breastfeed je kata doktor. Di rumah umi duk minum susu kambing Hi Goat. Mandikan Nuha ngan air bunga kekwa. Breastfeed juga la.
    2. Bacaan kedua 253 (selepas 4 hari). Makin tinggi la pulak. Kurang bagi susu ke ni? umi kerapkan lagi susukan Nuha. sejam sekali. 
    3. Bacaan ketiga 207 (selepas 2 hari). Memangla turun sikit, baru 2 hari. Semua barang warna kuning dalam bilik umi dah sembunyikan. Siap dedahkan Nuha pada matahari pagi2 (dalam bilik je). Bagi 2 titis air anggur hitam ke mulut Nuha.
    4. Bacaan keempat 175 (selepas 5 hari). Masih lagi lambat turun. Kali ni mandikan Nuha guna air kucai. Bagi beberapa titis air susu kambing pada Nuha. Breastfeed masih diteruskan. Tidur malam, buka lampu.
    5. Bacaan terakhir 133 (selepas 6 hari). Doktor suruh datang selepas 3 hari, tapi Abi Nuha suruh lanjutkan hari sebab kalau bacaan masih belum di bawah 150 akan terus diambil darah. Jadi pergi lambat sikit supaya ia adalah kunjungan terakhir ke klinik untuk ambil darah. Ini memang kali terakhir. Dah kembali ke bacaan asal la pulak. Tapi masih perlu teruskan menyusu Nuha dengan kerap supaya kuning hilang terus.
    Alhamdulillah, bila masuk minggu ketiga umur Nuha, kuningnya dah hilang. 

    Next time, bila bayi lahir je, cepat2 susu kan dia. Banyak kali. Biar bayi berak banyak buang kuning.
    Ada kawan tu cakap, sekarang ni ramai bayi kena kuning. Disebabkan masa cucikan tali pusat bayi, tak bersih. Dulu-dulu mak bidan buat bersih, dia keluarkan semua yang ada dalam tali pusat tu kemudian baru gunting. Jadilah jarang bayi kena kuning.
    Umi tak pasti kebenaran ini. Cuma bagitahu je. Siapa2 boleh sahkan, sila la kongsi.

    Thursday 8 September 2011

    Minggu pertama

    Baby Nuha di bawa pulang ke rumah keesokan harinya..
    Cabaran hari pertama:
    Waktu malam, Nuha tak boleh tidur. Asyik menangis je. Hampir buntu seisi rumah. Kenapa dengan Nuha ni? Andaian:
    1. Menyusu dah. Sampaikan suami & mak teka susu umi tak banyak lagi. Nuha tak kenyang.
    2. Nuha kepanasan. Bilik umi memang panas. Nak buka aircond tak boleh. Nanti umi masuk angin.
    3. Ada gangguan ke? Dah berkali2 baca surah kursi.
    Nuha akhirnya berjaya tidur dengan lena bila nak dekat subuh. Masa tu nak hujan, angin sejuk je.. Abi & umi memang keletihan. Kesian lagi dengan baby Nuha sebab orang tak tahu kenapa dia menangis.

    Kesimpulannya, Nuha menangis sebab tak selesa. Umi tak mandikan dia lepas balik dari hospital. Sebab nurse kata tak perlu mandikan lagi. Keesokkannya nenek mandikan nuha dan malam tu nuha tido lena.


    Scrapbooking at WiddlyTinks.com

    Saturday 3 September 2011

    A warrior has born..

    Photo Albums at WiddlyTinks.com


    Nama diberi (oleh umi) : Ghazwani Nuha Binti Mohammad Nazri
    Erti nama : Pahlawan Bijaksana
    Berat : 2.87kg
    Tarikh lahir : 27 Julai 2011 @ 7.26 malam
    Tempat lahir : Hospital Putrajaya


    Blog ini dihasilkan untuk berkongsi perkembangan baby comel ini.
    Penulis utama blog : Umi
    Penyunting : Abi
    Welcome to the world my dear daughter.
     

    Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof