Saturday 22 October 2011

Nuha dan Cloth Diaper

Cloth Diaper (CD)= Lampin kain moden.

Umi tahu pasal CD tahun lepas. Waktu tu masih mengajar di Putrajaya. Cikgu-cikgu duk sibuk shopping dan cerita pasal cloth diaper. Umi waktu tu belum kahwin lagi. Tengok kejap je la.

Tahun ni Umi dah ada baby, Umi nak guna CD ni. Ala macam lampin dulu-dulu, tapi sekarang dah dimodenkan. CD ni macam kain la cuma diperbuat daripada fleece, microfiber, buluh dan lain2. Moden kan... Prinsip CD sama je dengan kain lampin berbalut plastik macam Umi dipakaikan masa kecil-kecil dulu. Jimat & bebas bahan kimia. Bezanya CD ni mahal sikit, mahal banyak pun ada ikut jenama. Kita kan beli teknologinya maka kena la terima kemahalannya. (Nak murah, boleh je guna lampin gaya dulu2 tu. Masih ada dijual ;) ) Mahal sekali je, lepas tu boleh guna berkali2 dan boleh diwarisi jika dijaga dengan sebaiknya. Disposable Diapers(DD) lagi mahal sebenarnya sebab beli banyak kali untuk 3-4 tahun max. Buat la kira-kira sendiri ye. Google pun boleh.
Nuha bergaya dengan CD AI2

Nuha baru berjinak-jinak dengan CD selama sebulan. Alhamdulillah setakat ni ok. Kadang-kadang bocor sebab Umi pakaikan longgar tambah dengan Nuha yang aktif mengayuh dan Nuha heavy wetter malam2. Kena guna insert hemp atau bamboo charcoal la lepas ni. Umi tengah guna bahasa CD ni. Tak faham pun tak apa.

Baru je kejap, Nuha dah ada 20 CD. ahahaha. hambek ko. Umi beli banyak terus! Abi tak boleh kata apa la, sebab guna duit Umi beli. Hai abiiii~ senyuuuum ^____^ If suruh Abi beli, nanti kena potong elaun Umi pulak. Uhuhuhu.. Abiiii~ Senyum lagieee :)

Antara koleksi. Dalam plastik baru sampai, belum pre-wash 3 kali lagi.
Comel tak Nuha dengan CD corak moo-moo?


0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof