Thursday 24 November 2011

3 ++ months

Dah berumur 3 bulan ni banyak je hobi baru Nuha..

  1. Sifat peramah Nuha makin bertambah.. Disebabkan Nuha dah pandai nak bermain, dalam sehari dia mesti nak main. Kalau tak, dia akan meragam.
  2. 3 minggu nenek sarawak jaga Nuha. Suka la Nuha sebab nenek memang suka nak layan Nuha bercakap.
  3. Nuha dah ter'accident' 2 kali meniarap. Lepas tu tak de dah. kali ke-2 ketika berusaha nak meniarap, banyak tenaga digunakan sampai terkeluar lah taik hidungnya. ahahahha.. lucu btl masa tu.
  4. Nuha dah boleh berdiri tegak. jarang nak tonggek2 lagi. ekeke 
  5. Bila ketawa je mesti tengok tepi.. senyum malu2 gitu. sejibik macam himawari. comeyyy~
  6. Nuha semakin suka tengok tv. Khusyuk tu, kadang2 siap komen lagi. berita, drama, kartun, dokumentari.. semua rancangan dia tengok. Macam paham sangat je..
  7. Lagu Nuha suka
    dan ini
     
  8. Sehari Nuha akan beyak sekali di awal pagi.
  9. Pandangan Nuha pun dah jauh.. Suka tengok orang lalu-lalang.
  10. Nuha dah kurang tidur dalam buaian. Kadang2 tu dia memang tak nak buaian. Maknanya bertambah senang nak jaga Nuha.
  11. Disebabkan Umi dah mula bekerja, Nuha kena minum ebm (express breastmilk) dari botol. Nuha minum banyak.. penuh satu botol sekali sesi. jadi dalam sehari Nuha akan minum  sekurang-kurangnya 3 botol sekiranya umi balik awal. Kalau umi ada mesyuarat di sekolah, Nuha akan minum 4 botol.
  12. Nuha sangat suka mandi~ Siap hentak2 kaki masa mandi.
  13. Nuha dah makin bam bam.. umi suka geget dia~
ok.. bagi yang belum tonton.. lihat le kecomelan si kecik ni.

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof