Monday 17 October 2011

2 bulan 2 minggu

Nuha dah 2 bulan.. apa yang baru?

  1. Nuha dah tak bangun malam nangis2 tak tentu pasal. Kecuali nak nyusu. Iye la, susu ibu cepat hadam, jadi cepat lapar.
  2. Nuha suka sangat bercerita. kena layan dia cakap. Kalau tak, dia nanges nak perhatian. ehehe sudah tentu bercakap dalam bahasa dia. Bila dia nangis sebab umi tak layan, dia akan mengadu pada abi. hihi comel je..
  3. Nuha dah pandai duk diam sorang-sorang. Main sendiri-sendiri. termenung dengan diamnya tanpa nangis. woahhh.. ini paling best! Tapi tak lama, bergantung pada mood dia. Pagi-pagi lepas mandi dan nyusu (mood pagi paling bagus! sebab cukup tidur), letak dalam buaian, dia akan main sorang-sorang kemudian tertidur dengan sendirinya. Sonang umi nak mandi dan buat kerja. Kalau letak atas tilam, umi tak yakin Nuha akan tertidur. Nangis lagi ada. ahahaha..
  4. kekerapan poo-poo dah ada jadual. Jam 9pagi, 9malam, 3pagi (dalam lingkungan waktu itu la..) ada masa petang pun poo jugak.. Sudah tentu runny yellow mustard poo.. hihihi
  5. Nuha dah pandai berdiri dengan dipegang. Tapi ada masa dia malas jugak bila disuruh berdiri.
  6. Nuha suka menjerit dengan nyaringnya.. bila menangis sebab lambat angkat, dia akan menangis semahu-mahunya.. geram betul dengar!! nak geget geget ja rasa. Tapi baru-baru ni dah jarang sikit.
  7. Dah pandai suka hisap jari.. habis basah mitten. Kadang-kadang je umi buka mitten tu bila umi yakin kuku Nuha pendek. Umi masih belum champion ketip kuku Nuha. Ari tu berdarah 2 jari. uhuhu.. tak berani sungguh. Suruh abi je ketip kuku.. (macammana nak ketip kuku masa tidur, kalau dah Nuha tidur dalam buaian? Tidur atas katil memang tak lena. She got a very sensitive hearing! Tengah malam memang tidur atas tilam, tapi waktu tu umi pun tidur jugak daaaa~
  8. Nuha dah bertukar kulit. ekeke.. masa awal-awal 2 bulan tu, gelap je kulit nya.. sekarang dah putihhhh macam umi~ weeeee~~
  9. Disebabkan Nuha minum susu ibu sepenuhnya, badan solid tegap for her size. Leher pun kuat. Kita berusaha suruh dia tidur meniarap, tapi dia angkat leher la pulak. hmmm dah lama Nuha tak tidur meniarap.
  10. Rambut pun makin banyak.. tapi itu semua tak berguna. Kerana umi akan suruh rambutnya dicukur habis masa cukur jambul & akikah nanti.. ekeke..
  11. Nuha sangat suka mengeluh. dah la bunyinya comel je. geram!! Part favourite makcik pippa ler tu..
  12. Favourite umi: Nuha akan ikut tersenyum bila kita senyum padanya. Kadang-kadang tu masa tidur pun boleh balas senyum. Macam tau-tau je..
Nuha yang bam bam

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof