Monday 27 February 2012

6 bulan


Awal 6 bulan
  1. selepas cucuk 6 bulan, Nuha jadi super manja. tak boleh diletak. mesti terus menangis. mungkin sebab sakit dicucuk. bulan ke-6, suntikan hepetitis B Dos 3 untuk mengelakkan radang hati. Kata Nurse tak bagi demam. Alhamdulillah setakat ni Nuha tak pernah demam untuk semua suntikan yang dah diambil. Lepas hari ke-2, Nuha dah ok. Tak super duper manja lagi. dia dah kembali main sendiri dengan berteman.
  2. kawasan 'permainan' Nuha dah semakin luas. merayap dah jauh. Bontot dah boleh angkat tapi belum boleh merangkak. Bila Umi tolong dia dalam posisi merangkak, Nuha akan ambil masa berfikir nak bergerak macammana. Last2, dia jatuhkan badan dan tarik badan ke depan. ehehehe
  3. 6.2.2012 (Isnin) Nuha tetiba mula selesema. Kesian dia, khusyuk main hingus meleleh je. dua belah pula tu. Merengek tak selesa. Alhamdulillah, waktu tidur malam Nuha boleh tidur nyenyak selepas jam 2 pagi. 
  4. Nuha suka lentok2 kepala. siapa la ajar. tunjuk comel le tu~ ;)
  5. Macammana boleh terpengaruh shin chan pun tak tau la. Boleh pulak hobi Nuha 'menyamar mayat'. tergelak je tengok Nuha baring meniarap pastu senyap selama beberapa saat kemudian sambung balik main.
  6. Nuha dah boleh makan~ Umi sediakan bubur + susu ibu.
Akhir 6 bulan
  1. Baru je beberapa hari boleh meniarap terus Nuha dah angkat punggung dan boleh memanjat nak berdiri. Habis Abi, umi dan sofa dipanjatnya. 
  2. Nuha suka main sendiri dan menjelajah rumah. Bila nak sesuatu benda tu dia akan berusaha dapatkan. contohnya Bila diangkat sebab dia nak beg laptop umi, dia akan pandang je beg tu siap jeling2.. ahahaha lucu je tgk muka Nuha. Kalau main je tak pe, ni dia nak jilat, hisap rasa sekali. Nuha lagi tau semua rasa barang di rumah tu agaknya berbanding umi & abi. LOL
  3. Nuha dah mula balik suka tidur meniarap. Dalam buaian pun sama. 
  4. Makan pun dah makin kurang.. sebab dia nak main. Menyusu pun sama. Malam2 je menyusu banyak.
  5. Nuha ni berani. Sesuai le dengan namanya Ghazwani. Baru je pandai memanjat, dengan selamba je dia lepas tangan nak berdiri sendiri. tak serik jatuh tu. Paling lama dia boleh berdiri dalam kiraan 15. Umi pulak yang teruja masa tu. 
  6. Selain berani, bijak jugak. bila dia tahu umi/abi ada dibelakang dia atau ready nak tahan dia daripada jatuh, dia dengan relanya menyandar dan menjatuhkan diri. Iye la, dia tau ada orang sambut. geram jugak dengan kecomelan dia tu.
  7. Dalam umur begini, Nuha dah kenal orang. Nuha tak pilih orang, semua pun dia nak. Bila Nuha tinggal seorang diri di ruang tamu, dia akan cari orang. Kalau tak jumpa, baru nangis. Nampak umi di dapur, dia akan merangkak ke dapur sambil menangis. hehehe
  8. suka menggelengkan kepala. dah ikut mcm arfan. tak mau.. tak mau.. hehe 
Rindunya Nuha masa umi tengah taip ni. Pagi tadi, Nuha tak ikut umi pergi kerja then hantar ke rumah pengasuh macam selalu. Nenek saratok ada jaga Nuha di rumah. Bila umi keluar rumah je, Nuha nangis. Dia takut kena tinggal. Selalu umi bawa dia keluar rumah sekali. cian Nuha..~ Nanges kejap je pas pujuk.

0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof