Friday 20 April 2012

7 months

Phewww... Nuha dah berumur 8 bulan, umi terlepas 1 bulan untuk update perkembangan Nuha. Hari ni umi paksakan diri untuk update!

  1. Nuha kurang minum susu. 4 botol 3oz dari 7.00 pg- 5ptg di rumah pengasuh. Makan pun kena paksa. Tapi umi masih sediakan makanan buat Nuha biarpun hanya frozen selepas dimasak. Pengasuh panaskan sebelum makan. (Umi tengah tunggu bajet 'slow cooker' nak buat bubur..).
  2. Nuha tak boleh ditinggal seorang diri masa bermain. Biar kita tak main dengan dia, tapi dia akan pastikan ada orang berdekatan. Jarak antara ruang tamu & dapur dianggap terlalu jauh untuk Nuha. Apatah lagi bila kita di tandas.. meraung2 sambil merangkak cari kita. Angkat je terus senyap.. over manja ni. hehe
  3. Masa check-up 7 bulan di Klinik kesihatan, Nuha jadi budak baik. kena puji je dia sebab comel & senyap! eheh.. memang la budak baik, awal lagi.. bila dah tunggu lebih 1 jam, meragam leerr.. nak tido. Dah nasib hari tu nurse tak cukup, lama tunggu. Berat Nuha tak lebih dan tak kurang. Ngam je. Tapi berat Nuha tak naik banyak.. 
  4. Malam tido mengempeng je la.. ada masa tidur buai. Tapi jarang merengek malam2. Bangun bagi nyusu, dah.
  5. Suka main tiup2 mulut. banyak air liurnye. gigi tak jugak tumbuh2.
  6. Perkataan favourite.. appa!
  7. Lagu kegemaran: Awan Nano


 permainan baby zaman sekarang.. ipad 1. mewarisi je.. umi tak beli benda ni, tunggu orang bagi. muahaha..

 Nuha memang tak pandai guna pacifier.. hisap2 disetiap sudut bentuknya ye.. semua benda akan dihisap untuk menyatakan itu miliknya..

Cubaan berdiri dengan terernya oleh Nuha 

 
now u know her personality..


0 Baby lovers:

Post a Comment

 

Ghazwani Nuha © All Rights Reserved | Something Baby II: Design and Illustration by Emila Yusof